Thursday, January 31, 2013

Melantak Kau !


urgghhh !! help me ! help me !

semput ! semput ! tercungap-cungap nih !
CPR please !!!!!!!!!!!!!!!!
eeeewwwww !! 

hahaha
dengan sesemputnyer iqa nak cerite meh dengar meh .
balik kerje tadi iqa tersangatlah kebulurrrr ...... 
kerja banyak tak sempat nak isi perut kat office tadi !
yekk ! sejak biler ada pejabat ? kui3 ! kat sekolah tadi . heee
maka apabila tibanya saya dirumah !!!!
seperti seekor singa yang kelaparan !
buka periuk nasik ! dengan comelnyer iqa makan nyum3 !
ikan goreng dan sambal ! jadiklah !
brppp ! alhamdulillah kenyang . hehe
dalam hati "malam tak yah makan dah ni, diet . diet !"
hakkss !

tapi !!!!!!!!!
iqa balun roti canai malam-malam buta !
lepas tuh !
iqa tetibe mengidam nak makan magie cintan perisa ayam cendawan !
sebenarnya dah 3 hari iqa ngidah benda alah ni .
tapi nak buat caner , mak asik masak sedap jeerrrrrr .
tak terpandang lerr kat magie tuh .
hah !
malam ni adalah kemuncaknya !
keinginan tidak dapat dibendung !
iqa pun masak lah magie cintan uh ,, hahaha
hello bukan masak dua minit yer !
iqa masak siap tumis, buh sayur buh telur ! nyum sedap punyerlah !
pastu siap ! apa lagi ! ngap3 ! dengan adik iqa . haha
siap jer makan tengok jam pukul 10.40malam !

dengan senyuman SINIS iqa pun berkata !

" oh diet ku "








good nite semua warga dunia !!! 
jangan lupa gosok gigi dan baca doa tidur taw !
^_____^




SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Segmen Blogger i2 Sahabat ku


chak3 ! chak ! chak !

ASSALAMUALAIKUM !

malam ni dengan terujanya iqa nak join satu segmen !
weeehaaa !

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

siapa pun yang join segmen ni memang bertuah sungguh !
banyak kelebihannya !
nak tahu ape ???
kalau nak tahu kena klik banner ! 
barulah superise !!! kah3






SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Wednesday, January 30, 2013

TAHNIAH KEPADA PELAJAR STAM 2012 !


STAM ??? 
haa mungkin ada yang tak tahu pun apa itu STAM. kalau tahu pun cume dengar-dengar aje ..
kan ??? kalau dulu sijil STAM ni tak ramai yang nak ambik, susah katenyer ,
eheh .. iqa pun tak amik hehe .. 
tapi ! iqa ambil STPM bidang agama jugak . lebih kurang same jer sukatannyer cuma STAM tuh bahasa arab full semua subjek lah . STPM pulak , dalam bahasa melayu .
tapi , subjek bahasa arab ye dalam bahasa arab jugak . haaa?
faham ke dok ????
buat-buat faham la yer .. haha


kat sini secara tak rasmi nyer ! hehe
iqa nak ucapkan TAHNIAH kepada semua calon STAM 2012 !!
tahniah pada yang mendapat MUMTAZ , JAYYID JIDDAN & JAYYID ! 

yang tak berapa cemerlang tu bukan bermakna diri anda tidak cemerlang .
mungkin Allah sudah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu .
jadi jangan putus asa . perjalanan masih panjang . 
kita hanya singgah sementara sahaja di dunia ini ,, 
untuk mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak .
berusaha lagi yer ??? ^__^

iqa pulak makin berdebar menunggu keputusan STPM nih !!!
kawan-kawan doakan iqa ye? 
doakan iqa dapat 4 prinsipal A !!
in sha Allah . 




SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Sunday, January 27, 2013

Bukan Kawan !!!


memang bukan kawan kalau dah macam ni !
korek hidung pun same-same . 
kawan kerrr ????
BUKAN !!! tapi !!!

.
.
.
.
.
.
.
.


SAHABAT 

kenangan di SAMBBST aka STIS !
phewittt Salak Tinggi Islamic School !


ni gambar masa zaman muda . ehh ? sekarang makin muda maa .. haha

hari ni salah seorang sahabat iqa telah pun selamat melangsungkan perkahwinan 
ops pertunangnan bersama pilihan hati nya . alhamdulillah ...  
iqa ni biler lagi ngee ~~ >.<

maka gamatlah suasana majlis tadi dengan ngilai ketawa dan suara kami yang amat merdu !
hahak !! maklumlah dah lamer giler babun tak jumper yoo !
tapi ada yang tak dapat datang sebab ada hal . owhhhh rindu mereka . =(


nampak tak ???? dapat coklat meh !

aku anak kampung ! ada pelajaran ! ^___^


tuh dier pengantin ! eh,,, orang tunang panggil per ek ? petunang !
pon boleh lah! haha
tahniah Lia !!!!!! tak sabau nak makan nasik minyak pulak !!!
hohohohohoho










SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Saturday, January 26, 2013

Kampung HalamanKu




dengan bangganya iqa nak share tentang kampung halaman iqa !
kat mane tuh ? kat manerrrr ??
iqa bagi kata kunci hekhek cer teke cer teke !
"red warrior"
haaaa ??? ada yang tak tahu ??

ok iqa tahu . ini semua POYO .
suke hati iqa lah !!! buuuu

iqa dilahirkan oleh mak disini ! peace !  >.<

buat pengetahuan korang yang nak tahu . belakang rumah atok nenek iqa adalah pantai !!!
syoknyerr syoknyee awwww !!
balik kampung hari-hari iqa mandi pantai !
mujur pantai jenis landai , tak ler bahaya . tak dalam .
lagi pun iqa tak tahu berenang , kuno ? ahhh biarlah .

kalau nak cerita mengenai negeri Kelantan ni takkan habis.
tempat-tempatnya memang menarik ! makanan-makanan lagi ler tertarik !!!!!
omg ! omg !

erkkk iqa syok sendiri

ampun , ampun .... >.<
biarlah gambar dan video yang berbicara ~~~~
haks ! haks ! puitis pulok ayat kawe nih ... ngee

main bola !! laki jer lah iqa tak otai haha


tengok atok iqa ade bot ! hari-hari makan ikan segar ! sutung ketam sumer lah !
nyummmmyyy !

ni sedare mare dan jiran tetangga . 
petang-petang memang depa lah yang memenuhkan pantai !


ni puok kitor belako . adik-adik iqa . . 
aktiviti ni biasa sangat dah diorang buat !
korek lubang tanam badan sampai kepala ! haha

iqa dan adik yang ________________________. erk yang apa ek ?
korang raserrrr ????? 
0__o










SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

ISLAM itu Indah



terbaiklah segmen kali ini !!
idea fizgraphic memey awsome !!!!

iqa pulak sangat - sangat bertuah sebab di tag oleh Nurul ! >.< awww
maka ,, dengan berbesar hati iqa pun nak join ! orang dah berpusu-pusu join , 
iqa lambat sikit, hehe tak mengapa asalkan join jugak heheh

maka ! tibalah saat yang dinantikan ! 
saat iqa menjawab !!!

SENARAIKAN RUKUN ISLAM ?

rukun Islam ada lima 
- mengucap dua kalimah syahadah
- solat lima waktu 
- mengeluarkan zakat
- puasa di bulan Ramadhan
- menunaikan haji sekiranya berkemampuan 

sebagaimana hadis riwayat Ibn Umar, Baginda bersabda : 
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان
Islam itu dibina di atas lima rukun : Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Alllah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan .

SENARAIKAN RUKUN IMAN ?

rukun Iman ada enam :
-beriman kepada Allah
-beriman kepada malaikat
-beriman kepada Rasul s.a.w
-beriman kepada kitab
-beriman kepada Hari Akhirat
-beriman kepada qada' dan qadar

BILAKAH ALQURAN DITURUNKAN ?

penurunan al-Quran terbahagi kepada dua peringkat :

pertama : secara sekali gus 
iaitu daripada Allah ke Luh Mahfuz kemudian dari Luh Mahfuz diturunkan pula ke Baitul 'Izzah di langit dunia. pada waktu ini al-Quran itu diturunkan secara sekali gus pada malam al-Qadar ke Baitul 'Izzah di Langit Dunia , kemudian barulah ia diturunkan secara berperingkat-perinkat kepada Rasulullah selama lebih kurang 23 tahun .

kedua : secara beransur-ansur 
penurunan al-Quran yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur , iaitu bermula pada 17hb Ramadhan tahun 610 Masehi di Gua Hira' hinggalah waktu kewafatan Nabi . tempoh ini mengambil masa lebih kurang 23 tahun .

BERAPAKAH AYAT DALAM AL-QURAN

berkaitan dengan jumlah ayat-ayat yang ada dalam al-Quran , ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan jumlah yang tepat . namun begitu, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat yang terdapat dalam al-Quran ialah 6200 ayat lebih .

BERAPAKAH SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN ?

menurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 buah surah .

SURAH APAKAH YANG PALING TERAGUNG DALAM AL-QURAN ?

- surah al-Fatihah

sebagaimana sabda Nabi :

“Sungguh aku akan mengajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Qur’an.”  Sahabat bertanya; “Surah 

apa itu , wahai Rasulullah?” Rasulullah saw membaca; “Alhamdulillah hirrobbil ‘alamin….” sampai akhir surah.” – HR Bukhari, Muslim.



ni yang iqa tahu . hehe 
kalau salah tolong betulkan taw ! ^__^


nak tag : semua orang yang dah baca ni iqa pertangungjawabkan korang untuk join !!!
amaran keras ! 
wahahahahaha
tak de iqa tak pakse .
kalau nak join . bagus sesangat !!!
ada manfaat untuk di kongsi bersama disamping kita muhasabah diri  . 







SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Thursday, January 24, 2013

Mari Kenali Rasul Kita


BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa    tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid

2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’








SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Wednesday, January 23, 2013

Semaknyer blog kau !


iklan merata-rata ! kiri kanan atas bawah !!!!!
habis tuh camane orang nak bace entry die !!
omg !! omg !!

tengok niiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!
camaner iqa nak baca ! orggggghhh


nak pangkah un xleh,, aik,,
ni blog untuk iklan ker untuk info ?
punyerlah iqa tertarik sangat dengan entry dier ! berkobar-kobar perasaan nak tahu !
nak baca !! tapi WHAT??? apa yang iqa leh baca ni ?
gambar ni iqa edit kasi blur sikit dier punya entry uh,,
 iqa nak tunjukkan iklan dier je,,

-________-

lastly !!! iqa pangkah jer ! padan muka !

maaf kalau entry kali ni terlalu jujur dan membuatkan beberapa pihak terasa !
tapi ! mohon terasa !
hahaha
ni pandangan iqa jer,,, 
kalau tak setuju tak mengapa . 
lain orang lain muka . lain orang lain pendapatnya ! 
ceyhhh pantun doh .. ngee ~~





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Happy Birthday Kamu !


hoh ? kamu ? 
siapa kamu tu ?



hehehe

hari ini bersamaan 23 Januari adalah hari kelahiran dua orang yang hampir dengan iqa !
ehhhh bukan kembar ! bukan !

cuma kebetulan je tarikh lahirnya sama . 
abah iqa yang tersayang .  Asroni b Sipan . 
selamat ulang tahun yang ke 46 tahun !
moge abah panjang umur & murah rezki !


dan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Siti Zulaikha bt Zubir Ahmad . 
merupakan kawan baik iqa sejak sekolah menengah lagi . ^^
moge Zuzu panjang umur murah rezki & cepat temu jodoh yer ,, ops.. hehe
selamat hari lahir ke 20 Zuzu !



mari sama-sama kita mendoakan mereka berdua ye

 ^___^

wink !!!




SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Monday, January 21, 2013

Sembunyikan Kesedihan







hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ....

panjangnyer iqa mengeluh . . 
dah tak yah nak bagi tahu dah . iqa tahu tak elok mengeluh ni .
bukan iqa sorang jer yang ada masalah . haiwan pun ade ,, kan ? opss !

lalalalalalala ~~~~

aduhaiiiiii ...............
iqa sedih hari ni ,,, sebab ,, hmmmmm....
biarlah iqa simpan , , ada sedikit kesilapan kat tempat kerja tadi .
beselah iqa masih baru lagi . takde pengalaman .

tapi,,,,,,  iqa tertanya-tanya salah iqa ker ?
iqa cume ikut sebagaimana contoh yang diberi .
iqa tanya senior-senior lain dah,,
bukannya berlagak main buat jer.

permulaan minggu yang tenuk teruk....
hmmmmm 

tapi !

demi anak muridku ,,,,,,
iqa sembunyikan kesedihan ini , iqa harap diorang dapat belajar dengan tenang .







SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Sunday, January 20, 2013

Cheese Tart




taraaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

CHEESE TART !!!
baru angkat dari oven .
nyum2 !!!!
sape nak ? sape nak ?
meh iqa bagi tengok !!!!!!!!
hahahaha

eh cop ! 
kul berapa nih ??? 
awal lagi nih ,,,
sejukkan lam peti dulu lah .
petang nanti buat minum petang .. 
nyumyyyy 3 !

nak order ????? pm iqa yer,,,, hehehe


haaa lap air liur tuh !  kekeke
^_____^


* macam maner lar nak kurus ,,, iqa ,, iqa hahaha





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Thursday, January 10, 2013

Rindu Pelukan Ibu


Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. 
Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..
dia cuma budak berusia 4 tahun….
hati iqa tersentuh sangat , 
dan iqa nak share dengan korang semue  sama ada yang sudah bergelar ibu atau pun belum . .






Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim 
berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, 
tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….

Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi 
dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?

Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?

Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…

Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?

Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?

Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.


Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan

Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.

Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.

Amin..

* copy paste 



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Monday, January 7, 2013

Tak Tahu Nak Taip Apa


assalamualaikum .

ok hari ni adalah hari Isnin bersamaan 7 Januari 2013 . 
apa yang iqa nak bagi taw hari ini adalah iqa tak tahu nak taip apa .
ia tidak menjadi masalah akan tetapi iqa tak taw nak taip apa . 
persoalannya mengapa iqa masih menaip andai iqa tak taw nak taip apa ?
aneh bukan ? ???

ok . tak mengapa . itu masalah iqa . korang tak yah  risaulah .
namun !! ADA MASALAH YANG LEBIH BESAR !
iaitu ,,,,,,,,,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 KENAPA KORANG MASIH MEMBACA walaupun dah taw iqa tak taip paper un ??














SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Sunday, January 6, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......


jom kita berkenalan ! eratkan silaturrahim ! ^^
nak join klik banner ! 


iqa blogger dari SELANGOR !!!
banting , selangor !
ada sesape orang banting ??? hehe
kasi detail sikit ! kampung labohan dagang ! ^^ 

makanan paling best kat selangor ?
hurm,,,, iqa tinggal di area yang kebanyakan orang jawe .
jadi terlalu banyak jenis makanan dan semuenyer sedap-sedap belake !
hehe . . paling famouse dikalangan jawe nih TEMPE !
tempe sambal, tempe kicap, tempe goreng . dan bermacam lagi ,, huhu

sebenarnya parents iqa bukan asal selangor, mak iqa kelate abah iqa lak perak .
kiterang berhijrah ke selangor dan iqa membesar disini . 
so dah macam orang selangorlah  kekekeke cuma tak pandai cakap jawe jer ,, hehe

itu saja !
ada soalan ?? ^^

ni antara tempat yang ada sekitar tempat tinggal iqa . hehe 
morib ! ^^





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Saturday, January 5, 2013

Iqa MALAS singgah Blog Dia !


eh bukan .. iqa tak maksudkan sesaper pun . 
cara kita nak edit blog adalah ikut citarasa dan kreativiti memasing . 
kan ? kan ?

iqa pulak cuma bagi pendapat jer.
eh layak ker ? ermmm...
paduli apa iqa ! ni cuma pendapat iqa jer !
kalau tak nak terima dah shuhh3 g main jauh-jauh ok !

antara blog yang iqa malas nak singgah .

1. blog yang terlalu berat ! 
terlalu banyak gadjet ! hujan turunlah ! bintang turunlah ! kelopak bunge lah !
tahik turunlah ! eh ader ker? ops abaikan . 
banyak sangat gambar kat sidebar ! berderet gambar !
lagi ada jam ! eh ni tak perlu sebab lappy iqa un ade jam jugak . 
bukan iqa nak buka blog orang semata-mata nak tengok jam ? ahha 
. loading lebih 2 minit jer terus iqa tutop !! iqa nak jimat masa k. 
ingat masa tak tunggu kita, tapi kita yang kena kejar masa !
 maaf..

2. verification for comment 
argghh !! yang ni iqa benci !

blog dah ringan entry dah best ! syok bace ! tak sabar nak komen ! ^^
tetibe dia syak iqa ni robot ? robot?argghhh ! pap ! iqa pangkah !
padan muka !


3. takde shoutbox , cbox or yang sama dengannya .
yang ni tak nak letak pun tak pa, tak ganggu iqa sangat , but lagi best kalau letak !
senang iqa nak chat , but iqa tak paksa , tak nak ye dah ! kekeke

4. lagu 
iqa ada favourite song iqa sendiri . mak iqa ada lagu yang dia suka gak, adik iqa pun . 
abah iqa pun, makcik iqa pun same ! tapi !! favourite lagu kiterang berbeza-beza tak sama .
 iqa suka gegiler lagu ni but mak iqa tak suka ! 
abah iqa pulak benci lagu ni ! samelah macam blog, 
biler singgah di blog yang lagunyer kene dengan kegemaran iqa ! 
wow memang awsome ! tapi biler iqa tak suka ? haa cepat-cepat iqa cari pause button !
aikk ?? takde ? kalau takde nahaslah ! tuppppp !!! iqa pun pangkah ! maaf lagi sekali 

5. selalu sangat citer pasal hubungan
hubungan dengan boyfriend , skandal, ex dan yang sewaktu dengannya 
owhhhh ,, iqa tahu itu hak masing-masing , iqa tak halang pun, 
but iqa tak mau bace tak mau tahu maka iqa pangkah cepat-cepat ! sorry 

6. banyak sangat iklan 
yang ni yang tahap kritikal !
 sampaikan iqa nak baca entry dier pon tak leh 
sebab terlindung dengan iklan yang bermacam-macam .
 kiri ada kanan ada atas ada bawah ada ! hello blog ker tempat iklan nih ??
i'm sorry !

hah ! dah cukuplah iqa mengkritik blog orang . blog iqa sendiri pun banyak kurangnya !
masing-masing ada hak nak decorate blog mengikut citarasa sendiri . kan?
apa yang kita tulis dalam blog pon ikut kreativiti memasing . jangan nak jadi copycat sangatlah kan.
so iqa pun ada hak nak tulis pape pon nak kutuk ker kritik ker puji ker .
yang penting iqa tak mention sesaper ^^
iqa tak nak aib kan sesaper ok .
kalau terasa iqa mohon maaf . 






SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Cartoon Time


selamat hari sabtu !
yuuhuuuuuuuuuuuuuuu ! Assalamualaikum !
ada yang berselimut lagi ???? maklumlah hari cuti kan .
hari ni iqa nak jadi budak-budaklah !!!! ^^ syoknyer3 !!!
nak teman adik nonton ! kekekeke


 oggy !! heran dengan 3 ekor lipas uh . tak pernah mati !!!!

 mbbeeekkk ! meow ! kuack3 !! hoho 

 mreka sangat cute !!!!!!!!!! 

 omg ! iqa selalu berangan nak jadi salah satu dari mereka ! menjadi ejen WHOOP !!
hahaha karekter pilihan iqa dah tentulan Sam !!! awww3 !!!

dah tengok ulang kali pun tak bosan ^^ sampai dah afal ! kekeke

ini kisah kami semua !!!!!!!!!!!!! ^^

eh dah pukul 12 tengahari ???
patotlah perut ku berlagu kosong ~ kosong ~ ~ oOoOoo
lunch time !!!!!!!!!!
haha 
hidup macam garfield ! 
memang awsome ! but iqa tak mau jadi cam garfield . errr
simpang 94 !


bismillahirahmanrahim !!! ^___^
jom mamam !!!!!!!!!!!!!







SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Friday, January 4, 2013

Darjah Satu VS Tingkatan Satu


assalamualaikum dan selamat malam ! ^^
cuaca kat sane ok tak ? area sekitar kawasan iqa hujanlah . 
nak pergi pasar malam pun tak boleh . so apa kita nak buat hujan-hujan ni ??
berdoalah !!! doa bebanyak ! sebab waktu hujan adalah dia antara waktu mustajab berdoa !
iqa nak doa dapat 4 prinsipal A dalam stpm dan muet band 3 ! ^^
in sha Allah ! 
doakan iqa tau ! 

ehh balik pada tajuk utama entry iqa .
darjah satu VS tingkatan satu !

apa agaknya suasana kelas pertama pelajar tingkatan satu ? maksud iqa kelas budak pandai .
kelas senyap ? ? 
BETUL !
tak de cikgu macam ada cikgu ? ?
BETUL !
siapa bising kene pandang slek !
BETUL !
lalu kelas diorang macam tak de orang ?
BETUL !
cikgu ada lagilah senyap !
BETUL !
pemalu ? 
BETUL !

macam mana dengan kelas pertama darjah satu ? ?
kelas senyap ? ? 
paling lama 5 minit jer .
ada cikgu pon bising . takde cikgu lagilah bising !
tak heran sape bising sebab semua orang bising !
lalu kelas diorang macam ngah buat party !
pemalu ? haprak !!!

kelas hujung darjah satu pula ? maksud iqa kelas tak berapa pandai .
kelas senyap ?
YE !! MACAM CIKGU CAKAP SORANG-SORANG !
bila ditanya oleh guru ?
mulut ada harta karun, tak boleh nak buka . malah tekaknya juga dipenuhi dengan emas !
sayang jika dibuka mulut dan keluarkan suara . mereka bimbang harta dan emas akan hilang !
oh mereka memang anak orang kaya ! BERTUAH !


nampak tak bezanya ???
kanak-kanak yang pandai akan aktif semasa dalam kelas .
malah ada sesetengahnya terlebih aktif ! hyperaktif !
ada kala rasa nak ikat mereka di kerusi masing-masing ! ^^ ngee~~
akan tetapi sebenarnya ia bagus untuk perkembangan otak mereka . 
tapi tak bagus untuk perkembangan otak cikgu !
ia akan menyebabkan tekak cikgu menjadi terlalu kembang
 hingga terpaksa menyemburkan pelbagai perkataan indah kepada anak murid .
namun cara pembelajaran mereka akan berubah mengikut peringkat umur .
buktinya apabila mereka naik ke tingkatan satu cara mereka belajar akan berubah .
mereka gemar belajar dalam persekitaran yang senyap . 
alhamdulillah . .

hurm ,,,, barulah iqa faham . 
dush 3 !!!! @___@ 
iqa ingat iqa sangatlah bertuah sebab jadi guru kelas darjah satu kelas A !
kelas yang budak-budak genius nih . 
tapi malang yang berbau . bebudak nih terlalu aktif ! 
rupanya mereka tak sama denga pelajar tingkatan satu !

*FAKTA !

patutlah cikgu kelas lain pesan kat iqa supaya hati-hati .
ini rupenyer sebabnya .. . .  ngee ~~
doakan iqa dapat bertahan ! sob3







SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Thursday, January 3, 2013

Experiment Bermula !


assalamualiakum wahai pengunjung blog iqa !
tq kerana masih sudi menjengah blog iqa yang tak seberapa nih .

ok ! bermula malam ini experiment iqa pun bermula !
iqa nak buat selama sebulan , dan tunggu hasilnya bulan depan .
wow tak sabarnya nak tengok perubahan . 
wait and see yaa ! ahhaa !

opssss !!! lupe pulak !!! hahak !
patutlah muker korang macam tapir !
lupa nak habak experiment mende . 

korang pun apsal tak tanye? piirahhh ! hahaha

haa ! gini ceriternyer !
petang tadi pos laju datang rumah iqa hantar felina ich loss !
alah lotion felina tuh !
iqa beli set lotion dengan vitamin . harga promosi kan !
maka ! iqa nak cuba selama sebulan !
nantikan perubahannya !!!!!!
ahhhaa !
exitednyer !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ^____^
muaaaxxx3 !!!! hahahahah



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Wednesday, January 2, 2013

Hampir MIGRAIN !!!


alhamdulillah ,, syukurlah tak sempat migrain 
hai iqa ni awal-awal tahun dah migrain ? pe citer nih ? pe citer nih ?

oh no bebe !!! stressss huaargggg !!
korang tahu tak ni first day iqa datang sekolah as a teacher ?
yeah ! !
datang sekolah dengan persiapan yang sangat rapi  londeh !
why ??? =0
sebab ,,,,,,,

iqa tak bawak marker pen ?? 
oh iqa ingatkan boleh tulis pakai air liur jer .
iqa tak tahu pun kene datang pukul berapa .
 yelah sekolah ni datuk iqa yang punyer .
iqa tak ada buku nak ajar subjek yang iqa patut ajar . 
yelah ilmu penuh di dada ! keluarkan jelah !

hebat tak iqa ??? sangat bertanggungjawab bukan ? hahaha

iqa ada tanya cikgu yang berpengalaman bertahun-tahun dalam mendidik murid tahun satu  nih !
dia beritahu iqa jangan garang sangat awal-awal ni . nanti bebudak tak mau datang dah esok .
owh yeker ?  erm kene lemah lembutlah nih . 
 tapi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
apa dah jadi tadi ? terlalu lembutkan saya ? =( 
kenapa budak-budak tak dengar cakap !
iqa marah naper diorang senyum ? kenaperrrrr ???? help me !!
diorang nih ade masalah mental kah ? ?
iqa tertanya-tanya mungkinkah guru murid tahun satu ni ada darah tinggi ?
 kemungkinan 90% ! hohoho

mengawal 26 orang murid tahun satu bukanlah perkara yang mudah !!!
ikutkan hati nak jer lempang sorang-sorang suh diam !
tapi tak per ! korang tunggu minggu depan eh . masih nakal lagi !
siap korang aku belasah ! ^^

tapi buat masa ni iqa rasa cam nak nyorok jer dari semua !

jangan ganggu saya !!!!!!!!!!!!!






SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Segmen up follower dengan sepantas kilat II


BELUM CUBA BELUM TAHU !!!!!!!!!!!!!!

syoknyer !!! ^^ tingkatkan follower blog !!! 
zazzzzz ! macam kilat ! hehe
jom join ! jom join ! ^^

so iqa nk mulakan blogwalking dan follow ke setiap peserta dari segmen yang sama !!
mari berkenalan !!! ^^


chaaaaoooo !





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013 !!!!!!!!!!!!



actually I nak keluar dari restoren , tetibe ada orang snap !
chingggg !!!!
maka  berlagak seperti seorang artis ! cet poyos T___T

puih ~ ~ abaikan jer ! kekeke

ok !!!
WELCOME to 2013 !!!
tahun ini ! bermacam perkara iqa dah arranged  dalam pale otak nih!! 
nak itu ! nak ini ! nak camni ! yang tu un nak ! yg ni nak tukar baru !
yang tu pulak iqa nak buang ! ok yang ni iqa nak simpan ! 
yang itu pulak nak beli baru ! yang ini dah tak boleh guna !
jadi nak ganti dengan yang ni lah ! eh tapi yang ni rase boleh lagi,, guna dulu !
ok,, yang ini pulak, iqa nk jadi camni ! a'ah macam ni ! 

opssss !!! sorry lupa pulak ada korang . heheh
dush 3!!! berangan sokmo deh ! 

hah !!! azam tahun baru iqa dah ada !
korang pulak ???? ^^

azam iqa !!

nak jadi anak solehah ^^

ni yang utama ! sebenarnya ada banyak lagi , tapi takkan nak cerita semua ?? xD
sampai esok pon tak habis !!!!
kekekekkeke

harapan iqa pulak -->>>> nak dapat result cemerlang dalam stpm !!!
4 prinsipal A !!!  ^^ doakan iqa taw !






SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...