Saturday, May 2, 2015

Nasi Ambeng






Pada 27 hb 4 yang lepas, iqa dan kengkawan ada menjalankan suatu kajian lapangan. Kajian ini adalah untuk subjek hubungan etnik. Kumpulan kami telah memilih tajuk berkaitan 'Makanan Tradisional Masyarakat Jawa'. Jadi, setalah berbincang kami bersetuju untuk memilih nasi ambeng sebagai menu utama. Maka kami telah mengadakan lawatan bagi memenuhi objektif kami iaitu untuk mempelajari sendiri cara-cara membuat nasi ambeng. Lawatan ini bertempat di Kampung Labohan Dagang, Banting. Eh.. kampung iqalah! kekeke


 sejuta penghargaan dan terima kasih 
kepada nenek & atok yang sudi menerima kunjungan kami.




Nasi ambeng adalah hidangan masyarakat jawa yang selalu disediakan apabila diadakan kenduri kesyukuran atau doa selamat.. Dihidangkan di dalam dulang besar dan dimakan sedikit sebelum dibungkus untuk dibawa pulang..Hampir sama dengan nasi kerabu...dengan lauknya yang berbagai-bagai.. Ada serunding kelapa, sambal goreng atau urap pucuk ubi atau pegaga dll, ikan masin bulu ayam, ikan goreng, tauhu goreng, tempe goreng, ayam pechel atau ayam ungkep atau masak kicap dan sedikit sambal tumis. Tidak lupa juga mee goreng.




kami budak baru belajar
 kalau salah tolong tunjukkan











alhamdulillah....
eh nanti dulu! belum habis lagi!
lepas kenyang ?? kite meronda lah pulak!! huhu






sekian


SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...