terbaiklah segmen kali ini !!
idea fizgraphic memey awsome !!!!
iqa pulak sangat - sangat bertuah sebab di tag oleh Nurul ! >.< awww
maka ,, dengan berbesar hati iqa pun nak join ! orang dah berpusu-pusu join ,
iqa lambat sikit, hehe tak mengapa asalkan join jugak heheh
maka ! tibalah saat yang dinantikan !
saat iqa menjawab !!!
SENARAIKAN RUKUN ISLAM ?
rukun Islam ada lima
- mengucap dua kalimah syahadah
- solat lima waktu
- mengeluarkan zakat
- puasa di bulan Ramadhan
- menunaikan haji sekiranya berkemampuan
sebagaimana hadis riwayat Ibn Umar, Baginda bersabda :
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان
Islam itu dibina di atas lima rukun : Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Alllah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan .
SENARAIKAN RUKUN IMAN ?
rukun Iman ada enam :
-beriman kepada Allah
-beriman kepada malaikat
-beriman kepada Rasul s.a.w
-beriman kepada kitab
-beriman kepada Hari Akhirat
-beriman kepada qada' dan qadar
BILAKAH ALQURAN DITURUNKAN ?
penurunan al-Quran terbahagi kepada dua peringkat :
pertama : secara sekali gus
iaitu daripada Allah ke Luh Mahfuz kemudian dari Luh Mahfuz diturunkan pula ke Baitul 'Izzah di langit dunia. pada waktu ini al-Quran itu diturunkan secara sekali gus pada malam al-Qadar ke Baitul 'Izzah di Langit Dunia , kemudian barulah ia diturunkan secara berperingkat-perinkat kepada Rasulullah selama lebih kurang 23 tahun .
kedua : secara beransur-ansur
penurunan al-Quran yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur , iaitu bermula pada 17hb Ramadhan tahun 610 Masehi di Gua Hira' hinggalah waktu kewafatan Nabi . tempoh ini mengambil masa lebih kurang 23 tahun .
BERAPAKAH AYAT DALAM AL-QURAN
berkaitan dengan jumlah ayat-ayat yang ada dalam al-Quran , ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan jumlah yang tepat . namun begitu, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat yang terdapat dalam al-Quran ialah 6200 ayat lebih .
BERAPAKAH SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN ?
menurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 buah surah .
SURAH APAKAH YANG PALING TERAGUNG DALAM AL-QURAN ?
- surah al-Fatihah
sebagaimana sabda Nabi :
“Sungguh aku akan mengajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Qur’an.” Sahabat bertanya; “Surah
apa itu , wahai Rasulullah?” Rasulullah saw membaca; “Alhamdulillah hirrobbil ‘alamin….” sampai akhir surah.” – HR Bukhari, Muslim.
ni yang iqa tahu . hehe
kalau salah tolong betulkan taw ! ^__^
nak tag : semua orang yang dah baca ni iqa pertangungjawabkan korang untuk join !!!
amaran keras !
wahahahahaha
tak de iqa tak pakse .
kalau nak join . bagus sesangat !!!
ada manfaat untuk di kongsi bersama disamping kita muhasabah diri .