Thursday, December 5, 2013

Jom Fahami Metafizik




Metafizik adalah salah satu bab yang terkandung dalam subjek Penghantar Falsafah .
Baru-baru ini saya telah kongsikan mengenai biodata tokoh terkenal dalam dunia falsafah iaitu 

dan hari ni saya ingin kongsikan apa yang dimaksudkan dengan metafizik !















SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Saturday, November 30, 2013

Cuti-Cuti di KL



ASSALAMUALAIKUM ? ada orang tak ? tak jawab dosa ! hihik
huarghhhh !!!!
baru sampai rumah ~ wehaaaa ~ penat tapi syok!!!

erm, hari ni iqa gi melancong ! 
ceyhh ~ gayenyer macam pergi oversea pulok dah ! kakakakaka
kami sekeluarga mengadakan lawatan sambil belajar. hihi
kiteorang pergi Pusat Sains Negara, Planetarium Negara , dan melawat Tugu Negara !
ahaks !!!  bersemangat patriotik naa ~ 


PUSAT SAINS NEGARA 














PLANETARIUM NEGARA










TUGU NEGARA



errr ~ abaikan gambar yag last ni ,, kang muntah hijau engkorang ! kikikiki

ok dah ! jom balik !




 wahahaha ~ sakan berjalan hari ni ! esok petang dah kena balik UKM!
wawawa ~ assignment bertingket-tingket ~
tapi tak mengapa , yang penting manfaatkan cuti anda !
horey !!!!!





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Thursday, November 28, 2013

MONYET!



laporan!

pada hari isnin bersamaan 25 haribulan 11 tahun 2013 jam 3.30 petang .
berlaku suatu insiden kejar mengejar !
antara AKU dan monyet di ukm!
cis !

huwaaaa! sedih sangat ! takut sangat !
iqa nak ngadu nih, masa tu pukul 3.30 petang iqa keluar dari pintu utama kolej blok iqa,
macam biasa waktu camni memang ramai monyet erk banyak monyet berkeliaran kat tong sampah, 
kire waktu lunch mereka lah,, dan kebiasaannya diorang tak pernah kacau iqa pun, tapi tidak tahu mengapa pada hari kejadian itu ada sekor monyet ni datang dekat makin dekat dan sangat dekat !!!!!!!!!!!!!!
dia nak ambil fail yang iqa pegang! dia nak curi asaingment iqa!!!!
tak boleh dibiarkan lagi !
maka iqa pun baling lah fail tersebut gedebuk tepat sasaran kena kat muka dia! kah3!
harapan iqa waktu itu monyet-monyet itu akan ketakutan dan berlari lintang pukang.
namun,, andaian ku meleset ~
SATU KELUARGA MONYET TU BERLARI KE ARAH IQA!!
nampak tak semangat kekeluargaan depa ~

aaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iqa menjerit berlari selaju yang mungkin, tak tahu ape rupa dah sambil terlolong-lolong !
tercalar keayuan waktu tu.. kah3, memang dah tak fikir apa dah !
terus iqa buka pintu dan tutup sekuat hati!
tak pasti pe jadi kat monyet-monyet tu , mungkin melekat tertepek di pintu! kah3
waktu tu iqa memang ketakutan mengigil-gigil tangan .. errr
kuang asam punyer monyet ! sudahnya? tak pergi kelas lah jawabnya. dengan asaingment yang dalam fail pun terbiar kat luar . memang tak berani nak ambik dah . 
hee,, takut ooo ~ 

dan,, sejak hari kejadian , 
iqa tak berani balik kolej jalan kaki, iqa naik bas je ,,, 
dan iqa hanya akan balik kolej bila dah lepas waktu lunch mereka . 
trauma!


dush3!!!!!!!!





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Friday, November 22, 2013

Tuesday, November 12, 2013

Tersumbat





tak larat nak kemas , kepala berpusing , hidung meleleh cecair yang tidak menyelerakan,,, 


doakan iqa cepat sembuh.

mood = selesema , tersumbat lubang hidung kiri !



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Wednesday, November 6, 2013

Lihat ! Fikir ! Tindak !




itulah moto BSMM !
cewah ~

mai iqa nak habaq kat kome !
eh betul ka loghat iqa ni haha

iqa baru sahaja balik dari menyertai kem BSMM di Impian Country Resort Hulu Langat.


kenal x tempat ni?? alah,, tempat shoting drama juvana tu lah~
kekekeke ~
syiok sungguh tmpat ni! ada sungai!!

hari pertama sebelum bertolak, kami berkumpul untuk tunggu bas pada jam 7.30 pagi lagi .
nampak tak semangat kami? hehe
gambar ni semuenyer masih harum wangi, bedak pon bertepek-tepek, make up 3 inci!
kah3 ! metafora ~ maklumlah hari pertama kan ~


ni sesudah sampai, dah pilih kemah.. kemah pulak auto ! ape tu?? haha
hanya kami sahaja yang tahu ~ 
dapat kenal dengan kengkawan baru, 
hai nama saya iqa, nama awak?
saya tinggal di selangor, awak pula?
saya student ukm, awak student mana? UKM jugaklah!
ini adalah perkhemahan yang di anjurkan oleh BSMM cabang UKM! >.<
disebabkan ukm tu besar sikit dari rumah saya jadi kami tidak mengenali semua student antara satu sama lain.
bila ada kem macam ni barulah dpt kenal lebih rapat, dan yg paling best dpt kenal dgn student ukm cheras!
awww! hihi
hari pertama kami telah di isi dengan sesi ice breaking... 

kemudian, hari kedua kami dipenuhi dengan sesi ceramah . kami diajar pelbagai cara untuk mengikat tali. sehingga terbelit-belit tanganku ~ semua khusyuk pandang depan tapi,,,, mate ade yg pejam!
al-maklum penat ~ hee

seterusnya pada hari yang sama kami juga didedahkan bagaimana bermain dengan kain anduh!
haha
banyak benda yang iqa dapat . bekajar jenis-jenis ikatan, jenis-jenis balutan untuk luka patah dan kecederaan lain, yang mana balutannya mestilah bersesuian dengan keadaan pesakit tersebut. 
malah, kami juga di ajar bagaimana untuk mengusung pesakit.
erkkk,, ermm,, ape pon................
pesakit tu berat gegiler maaa ~ uhuk3

nampak tak? pesakit-pesakit tetap tersenyum girang!
hal ini kerana sikap ahli-ahli bsmm yang sangat ceria telah menghiburkan hati pesakit sekaligus membuatkan mereka terlupa kesakitan yang di alami .
cewah,, ni dah masuk bakul angkat sendiri ~ hahahahak
tipu jer,, okay, jangan lurus !


kemudian setelah seharian kami belajar tentang cara ikatan, balutan, dan merawat kecederaan, pada malamnya kami mengaplikasikan segala apa yang telah kami belajar.
malam itu telah diadakan sesi praktikal iaitu operasi menyelamat mangsa tanah runtuh bermula pada jam 12.30 malam, tapi iqa tak dapat nak ambil ganbar sebab tak boleh nak bawa fon nak selamatkan orang ade yang tepi sungai kami terpaksa masuk sungai tengah-tengah malam tu. mangsa adalah seramai 40 orang. 
ada yang cedera parah, ada yang luka kecil, dan ada juga yang terkorban. konon jer ! hehe
tapi!!! memang gempaklah! macam real!
mangsa-mangsa ni dah di make up kan. dengan sirap yg meleleh di kepala tangan kai dan merata tempat. haha. diorang siap menjerit-jerit mintak tolong lagi! serius! 

part ni paling syokkk!!!!!! hari terakhir kami,, pagi tu lepas sarapan lepas senaman pagi, kami dibenarkan bermandi-manda di sungai !!!! awww! sejuk!! grrrsssss ~ hehe
lihatlah wajah kami ! semuanya suka ria ! hehehe


akhirnya,,,,, sampailah ke majlis penutup ~
sudah siap berpakaian rasmi. untuk berkhidmat!
kikiki ~
suka sangat sebab nak balik rumah !
tapi,,,,, jauh dalam sudut hati iqa tak nak balik lagi,, sob3


*apa lagi? mai lah join ! wink2!!!!





SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Monday, October 28, 2013

Kuatkah Aku





gambar yang penuh kepura-puraan ~

apa maksdunya?
hanya hati ini sahaja yang tahu ,
senyuman, kecerian dan kegembiraan yang terpancar di raut wajah 
bukanlah apa yang lahir dari hati ini ~
ia hanyalah sekadar senyuman yang menyembunyikan seribu rahsia.
masa duka aku tertawa, sedih aku tersenyum ~
gembirakah aku? bahagiakah aku? 
hanya aku yang tahu ~


" Ya Allah yang Maha Mengetahui , Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati ku ini "




SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Saturday, October 19, 2013

ILMU



Assalamualaikum !
salam petang yang dingin ~

sedikit perkongsian ilmu tentang ilmu.
ehhh? apa lah ayat pon tunggang terbalik.
maaf lah awak-awak semua, 
sudah lama rasanya iqa tidak menaip entry khas untuk followers yang tersayang.
al-maklumlah kesibukan melampaui betis batas. typing error haha

jom kite scan diri kita petang-petang ni.

ADAKAH ANDA

1. esok exam, malam ni baru nak baca buku ?

2. lepas exam simpan buku, simpan nota kalau boleh otak pun nak simpan ? yelah dah habis examkan, nak buat apa lagi?

3. cari buku-buku yang dah di simpan dalam peti besi untuk baca semula pasal cikgu nak keluarkan soalan itu lagi?

4. hafal sajer segalanya , TAPI ! bile ditanya tak faham .

5. selalu cakap "saya tahu" TAPI ! tak buat pon!



macam mana ? cukup kelima-lima syarat tu?
tepuk dahi , rasalah sakitnya !

eh melawak pulak~
erm, muhasabahlah diri .
fikir ~ fikir ~ dan fikir 

jom muhasabah sama-sama ^__^

adakah ilmu kita ada memberi manfaat buat kita? atau,,,,,,,
sekadar ingin mendapatkan pengiktirafan darjat dan pangkat pada pandangan manusia?

" ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah " 




SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Friday, October 18, 2013

RUJUKAN







A.D.Momigliano . 1969 . Studies In Historiography . Weidenfield And Nicolson . London.

Arthur Marwick . 1970 . The Nature Of History . Mcmillan Publisher Ltd . London .

Bertrand Russell . 1961 . History Of Western Philosophy .  London .

David Mclellan . 1975 . Marx . William Collins Sons And Co Ltd . Britain .

Ernst Fischer . 1973 .  Marx In His Own Word . Penguin Books Ltd . England .

E.J.Hobsbawm . 1984 . Karl Marx’s Contribution To Historiography’ . R.Blackburn .  Glasgow .

G.A.Cohen. 1979 . Karl Marx’s Theory Of History : A Defence . Oxford . London .

Isaiah Berlin . 1963 . Karl Marx His Life And Environtment . Oxford University Press . London.

M.Rader . 1979 . Marx’s Interpretation Of History . New York .

Richard P. Appelbaum . 1988 . Karl Marx .  Sage Publications . Newbury Park.

Roger Scruton . 1981 . A Short Story Of Modern Philosophy . New Fetter Lane . London .

R.Suntharalingam . 1987 . Pensejarahan Barat . Fajar Bakti . Petaling Jaya .

Yusof Ibrahim . 1991 . Aspek Dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat . Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur .


Yusof Ibrahim . 1988 . Sejarawan Dan Pensejarahn . Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur .






SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Sunday, October 13, 2013

KARL MARX



KARL MARX




1.0

2.0

3.0
MARXISM

4.0
KOMUNISME

5.0

6.0

7.0










                   









SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

PENUTUP



7.0 PENUTUP

Secara asasnya, memang ramai ahli sejarah yang menolak teori ini namun mereka sebenanrnya bersetuju tanpa sedar di dalam penulisan-penulisan mereka jika dikaji secara teliti. Menurut Hobsbawm, kebanyakan ahli sejarah terpengaruh dengan fahaman Marxis namun mereka hanya memilih idea-idea tertentu untuk menyempurnakan kajian mereka. Hal ini kerana, teori Marx bukanlah bersifat menyeluruh, ia sekadar kefahaman tentang sesuatu sejarah yang baru. Hal yang harus diakui oleh ahli-ahli sejarah, Marx merupakan seorang tokoh yang berjaya merungkaikan pensejarahan di luar pemikiran tradisional seperti Ranke. Profesor M.M Bober menyatakan bahawa teori Marx tetap memberi sumbangan penting kepada sains sosial yang menggugat kesahihan teori-teori sejarah lain yang hanya menekankan peranan tokoh, cita-cita wangsa, pengaruh geografi dan sebagainya.
          Pengaruh Marx di dalam bidang pensejarahan terlalu tinggi sehingga menimbulkan pelbagai kesan seperti pengurangan bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas bawahan. Pengaruh Marx juga meliputi hampir ke seluruh negara misalnya di Burma, yang mana fahaman Marxis ini diaplikasi oleh golongan muda untuk bangkit menentang pemerintah pada ketika itu. Bagi pandangan tersendiri pula, teori Marx ada benarnya juga berdasarkan konsep pembahagian kelas dan ketuhanan. Sebenarnya, kajian sejarah tidak seharusnya mengaitkan konsep ketuhanan kerana ia hanya rekaan semata-mata. Misalnya di Eropah ketika penguasaan golongan paderi, pentadbiran kerajaan menjadi lemah kerana semuanya tunduk pada kuasa gereja. Berbeza dengan Marx, beliau menggariskan satu panduan seperti A Kingdom of God without God yang mana masyarakat tidak mempunyai sebarang perbezaan kelas. Segala keuntungan dibahagi sama rata dan individu tidak lagi memiliki jentera pengeluaran sebaliknya ia dimiliknegarakan. Walaupun hal ini sukar untuk dilakukan, tetapi jika ia berjaya dilakukan, konsep ini akan menyebabkan semua golongan berasa selesa tanpa sebarang penindasan dan pembolotan keuntungan.

          Pendekatan Marxis sebenarnya berjaya memantapkan penjelasan sejarah pada ketika itu kerana konsep Ranke sebelum Marx jelas bersifat tradisional. Apabila Marx berjaya meletakkan satu garis panduan bagi kajian sejarah, sekaligus berjaya berhujah dengan membuktikan dengan kejadian-kejadian Eropah pada ketika itu, saya rasakan ia sudah cukup untuk memantapkan penjelasan sejarah.



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

KRITIKAN TERHADAP TEORI MARXIS



6.0 KRITIKAN TERHADAP TEORI MARXIS

Croce ialah seorang sejarawan Itali yang amat berminat dengan teori Marxis ini pada peringkat awalnya.(Yusof Ibrahim 1991) Beliau banyak membaca untuk memahami teori metarialisme ini sedalam mungkin, namun akhirnya beliau menolaknya kerana berpendapat bersifat saintifik dan mekanikal lantas tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak. Bagi beliau, sejarah adalah kisah tentang kebebasan, semua sejarah adalah sejarah semasa, sejarawan tidak berdaya bersikap tidak berat sebelah dan pergerakan sejarah bermula daripada asas kemudiannya menyerap ke bawah, maka kebalikannya adalah mustahil. Croce sebenarnya bersependapat dengan E.H Carr mengenai ketidakupayaan ahli sejarah untuk bersikap tidak berat sebelah.
          Teori Marx merupakan satu bentuk determenisme yang mana ia hanya menekankan faktor ekonomi sahaja yang menggerakkan sejarah. Marx meninggalkan kepentingan-kepentingan lain seperti peranan idea-idea, keagamaan, institusi dan sebagainya. Seharusnya, peranan idea tidak boleh dipisahkan kerana ia lahir semulajadi di dalam diri manusia, keinginan untuk menubuhkan atau menjadikan sesuatu merupakan pengaruh daripada idea-idea. Profesor Momigliano menyatakan bahawa tanggapan ini berpengkalan di Jerman seawal abad ke-19 kemudiannya telah merebak ke seluruh benua Eropah sehingga semua universiti mengakui keutuhan idea-idea sebagai penggerak sejarah.(A.D.Momigliano 1969)

          Oleh sebab itu, kebanyakan para sarjana tidak mengambil konsep Marx dengan tepat kerana terdapat juga kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Hal ini kerana, di dalam aspek kajian sejarah, peranan idea selaras dengan perkembangan ekonomi sekaligus menyebabkan ianya tidak boleh dipisahkan.



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

PERBANDINGAN ANTARA MARXISM DAN KOMUNISM



5.0 PERBANDINGAN ANTARA MARXISM DAN KOMUNISM

Secara umumnya, teori Marxism dan ideologi komunisme tidak mempunyai perbezaan yang ketara.Komunisme adalah sekadar manifestasi kepada falsafah Marxism yang dizahirkan dalam bentuk gerakan.Maka demikianlah kita melihat komunisme menjalankan gerakan-gerakan yang bersifat radikal dan keras. Pada asalnya ideologi komunisme ini sememangnya menjurus kepada falsafah Marxism kerana diasaskan oleh filasuf yang sama iaitu Karl Marx. Namun begitu, selepas zaman Marx, ideologi komunisme dilihat mula di olah oleh kepimpinan mereka untuk disesuaikan mengikut keadaan semasa.
Melalui pelbagai perspektif yang diteliti, terdapat dua aspek yang dilihat berbeza dan bertentangan dengan idea asal Marx.Dua aspek ini ialah agama dan juga revolusi. Dengan mengambil sebuah negara komunis iaitu People’s Republic of China sebagai contoh, perbezaan dan perbandingan ini dapat dibuat dengan lebih baik dan jelas.
Kesimpulannya, teori Marxism yang dibentangkan oleh Marx dan Engels memperlihatkan bahawa ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kehidupan mereka. Kesemua ciri-ciri asas bagi Marxism menunjukkan bagaimana penindasan berlaku dan bagaimana ia memberi impak yang mendalam kepada golongan bawahan. Golongan masyarakat yang diperjuangkan oleh Marx dan segala apa yang diperjuangkan ini kemudiannya dizahirkan dalam bentuk perjuangan berideologi yakni komunisme. Falsafah Marxism lebih banyak mengutarakan hal-hal berkaitan kesedaran masyarakat pada dasar sahaja.Hanya melalui ideologi komunisme sahaja perlaksanaan itu dapat dilihat dengan jelas melalui gerakan-gerakan yang dipelopori oleh golongan mereka yang sedar.
Komunisme adalah manifestasi daripada falsafah Marxism dan hal ini menyebabkan kedua-duanya sama dari sudut dasar perjuangannya. Akan tetapi, perubahan yang berlaku terutama dari perspektif masa, situasi serta keadaan menyebabkan cara dan pendirian perjuangan berubah. Perjuangan komunisme yang asalnya hanya sekadar menzahirkan idea Marxism dilihat oleh penulis sebagai sebuah perjuangan yang fleksibel tanpa satu pendirian yang kukuh.Soal agama dan perubahan zaman menyebabkan perjuangan ini diolah oleh pemimpin gerakan semata-mata untuk menjayakan perjuangan mereka.Tujuan mereka lebih kepada bagaimana untuk menjayakan perjuangan dan mendapat sokongan rakyat.Hal ini menyebabkan terdapat sedikit perbezaan antara Marxism dan Komunisme.
          Namun begitu, tidak semua ideologi komunisme yang di perjuangkan dalam bentuk gerakan mempunyai perbezaan dengan falsafah Marxism. Semua cara dan pendirian tentang perjuangan tertakluk kepada kuasa pemimpin mereka. Demikianlah yang berlaku jika kita melihat beberapa buah negara yang pernah mengaplikasikan ideologi komunisme dalam pentadbiran dan dasar kerajaan mereka.Secara kesimpulannya, ideologi Komunisme pada asalnya adalah menurut kepada falsafah Marxism secara keseluruhan. Namun begitu, perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan ia di ubah menurut gaya kepimpinan dan menyebabkan dasar perjuangan itu mempunyai sedikit perbezaan dengan Marxism. Akan tetapi, perbezaan yang dinyatakan tidaklah merangkumi keseluruhan kerana walaupun ia mempunyai perbezaan namun perjuangan itu masih menurut falsafah Marxism secara keseluruhan



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Teori Komunisme



4.1 Teori Komunisme                                                                                  

Prinsip asas komunisme yang digariskan oleh Marx dan Engels (1969) mendefinisikan komunisme sebagai satu doktrin mengenai keadaan bagi kemerdekaan proletariat.Dalam konteks ini kita dapat menakrifkan bahawa komunisme adalah sebuah ideologi yang berfalsafahkan Marxism.Hal ini kerana, falsafah Marxism yang menzahirkan kesedaran asas untuk membentuk sebuah masyarakat sosialis bagi menggantikan kapitalis dengan membebaskan golongan proletariat.
Deliar Noer pula dalam karyanya ‘Pemikiran Politik di Negeri Barat’ pula memberi dua pengertian bagi komunisme. Menurutnya, komunisme yang pertama ialah berkenaan hubungan dengan penyatuan dasar bagi wilayah bagi negara yang berpemerintahan sendiri dengan negara itu sendiri adalah sebuah negara federal untuk wilayahnya.Keduanya, komunisme hanya merujuk kepada milik atau keperluan bersama.
Ideologi komunisme yang diasaskan oleh Marx dan Engels ini dikatakan bermula dengan penerapan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Russia pada November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Ideologi ini tidak begitu jelas tetapi terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan hasil daripada analisis untuk merumus berkenaan teori ini.
Melihat daripada gerakan dan sejarah perjuangan ideologi komunisme, kita melihat bahawa terdapat ciri-ciri radikal yakni gerakan radikal yang berunsurkan kekerasan dan keganasan.Komunisme juga menolak sepenuhnya aspek keagamaan dengan tiada kepercayaan atau berfahaman atheism (free thinker). Pelaksanaan komunisme juga menunjukkan sifat kejam dan ianya berubah-ubah kepada beberapa bentuk rejim dan ia menolak kelas sosial secara total.

Idea komunisme jika dilihat dengan teliti adalah menjurus kepada sistem egalitarian yakni tanpa kerajaan, harta, dan kelas.Hal ini adalah untuk membentuk satu konsep kesamarataan dalam segala aspek. Komunisme memperjuangkan bahawa semua rakyat mempunyai hak yang sama dalam semua harta dan pengagihan ekonomi. Perkara ini bertujuan mencapai matlamat mereka untuk membawa kesejahteraan hidup dengan menghapuskan jurang kehidupan dalam masyarakat.

SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Teori Marxism



3.2 Teori Marxism

Teori yang dihasilkan ini adalah berasal dari idea Marx dan Engels yang dimanifestasikan hasil daripada penulisan mereka.Menurut teori ini terdapat 4 perkara atau ciri-ciri asas yang perlu dikuasai. Asas-asas bagi teori inilah yang akan menerangkan idea sebenar perjuangan Marx dan Engels dan kesemua asas ini perlu di fahami dengan baik.
Asas atau ciri yang pertama ialah eksploitasi kelas. Menurut asas ini, kita diperlihatkan oleh Marx tentang bagaimana pengeksploitasian antara masyarakat atau kelas yang berbeza berlaku.Hal ini dilihat oleh Marx sebagai bibit utama bagi kapitalisme dan perdagangan bebas. Dalam kapitalisme, keuntungan para kapitalis dapat dikecapi dengan perbezaan antara hasil pengeluaran dengan kos pengeluaran yang merangkumi kos tenaga buruh.
Dalam konteks ini dapat diperlihatkan bahawa semakin rendah kos pengeluaran, semakin rendahlah kos tenaga buruh. Hal ini kerana, kapitalisme adalah berasaskan pembayaran yang diberi kepada pekerja yang mana nilainya adalah lebih rendah dari nilai barang yang dihasilkan.Perkara ini menunjukkan betapa rendahnya nilai manusia yang dikawal oleh segolongan yang berkepentingan dalam ekonomi dan kaya atau berkuasa.
Ciri yang kedua pula ialah berkenaan base dan superstructure. Base dan superstructure ini adalah istilah yang digunakan untuk memahami suatu konsep kehidupan dalam masyarakat yang cuba digambarkan oleh Marx. Idea Marx ini juga cuba memberi gambaran bahawa terdapat kaitan antara dua entiti yang berbeza ini. Akan tetapi apakah takrifan sebenar base dan superstructure ini dan apakah hubungkaitnya?
Base menurut Marx adalah kesedaran masyarakat sosial terhadap sesuatu isu yang meliputi semua aspek kemanusian. Superstructure pula menakrifkan suatu institusi yang wujud sama ada institusi politik mahupun perundangan. Teori Marxism ini memperlihatkan bagaimana kesedaran ini akan mewujudkan sebuah intitusi yang bergerak. Hal ini kerana, mereka melihat bahawa base hanya sekadar organisasi sosial yang cuma mampu berfikir dan perubahan itu hanya dapat berlaku melalui sebuah badan yang berorganisasi iaitu superstructure atau institusi itu tadi.
Berdasarkan perkara ini, kita dapat mengetahui bahawa base dan superstructure ini saling bergantungan dalam aspek kehidupan seharian.Marx juga sering menggunakan contoh pengeluaran sesebuah produk dalam penghasilan sesebuah barangan asas. Namun begitu, perkara ini tetap sama dengan kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain dalam mempelopori kehidupan.
Ciri seterusnya adalah berkenaan dengan kesedaran kelas atau class consciousness. Kesedaran kelas bermaksud kesedaran sesebuah masyarakat mengenai kepentingan diri dan masyarakat mereka dan juga disekeliling mereka. Kesedaran ini terbentuk dengan mereka mengetahui bahawa mereka adalah kalangan masyarakat yang berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi tenaga dan bilangan bagi memperjuangkan segala kehendak mereka.Signifikannya, kesedaran kelas ini adalah asas yang paling penting untuk mencetus dan menjayakan sebuah revolusi.
Dalam konteks kehidupan masyarakat, pembahagian masyarakat kepada kelas-kelas sosial adalah berdasarkan tahap kekayaan atau kekukuhan ekonomi sahaja.Walau bagaimanapun, Marx berpendapat bahawa sesebuah kelas atau struktur sosial itu dapat dikelaskan dengan berdasarkan hubungan mereka dengan kaedah pengeluaran dan pembuatan. Hal ini menunjukkan bagaimana Marx melihat bahawa kelas itu mampu diubah atas dasar keupayaan, kapasiti atau bilangan majoriti dan ini mampu menggerakkan satu perubahan struktur masyarakat dan ini yang cuba dijelaskan bahawa revolusi boleh berlaku dengan timbulnya kesedaran kelas.
Ciri yang terakhir bagi teori Marxism ini ialah kesedaran palsu masyarakat atau false consciousness. Dalam The German Ideology karya Marx, beliau menghuraikan tentang kesedaran palsu dan bagaimana perkara ini diterapkan dalam masyarakat.Menurutnya, lapisan masyarakat ‘superstructure’ telah menggunakan kekayaan dan kekuasaan mereka untuk memberi kesedaran palsu kepada masyarakat.Istilah carrot and stick sangat sesuai untuk dijadikan analogi bagi situasi ini. Dengan cara ini, masyarakat bawahan digula-gulakan oleh golongan atasan tentang keadaan ekonomi, status kehidupan masyarakat dan lain-lain dengan menyembunyikan kebenaran sebenar.
Hanya dengan cara ini, masyarakat dapat ditenangkan supaya mereka merasakan bahawa pembangunan dan kesenangan dapat mereka kecapi melalui sistem kapitalisme walhal mereka mendapat keuntungan yang terlalu sedikit berbanding golongan yang mengula-gulakan mereka yakni golongan masyarakat ‘superstructure’. Golongan ini bertindak hanya untuk kepentingan individu dan masyarakat mereka dengan mengaut segala keuntungan yang ada.Bagi masyarakat yang kurang peka dan prihatin, inilah bahana yang sering menimpa mereka.
Melalui pendekatan teori ini, kita dapat mengetahui bahawa tujuan sebenar Marx ialah untuk menyedarkan masyarakat yang terkongkong dan di eksploitasi berdasarkan kedudukan mereka. Marx membawa teori melalui kesemua ciri-ciri ini hanya dengan satu matlamat akhir yakni untuk membangkitkan kesedaran rakyat bawahan bahawa mereka sering ditindas oleh masyarakat atasan. Demikianlah juga dengan idea dan perjuangan Marx untuk menghapuskan kelas masyarakat dan membawa satu konsep kesamarataan.



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...