Assalamualaikum & salam sejahtera !
hujung minggu ni iqa nak kongsikan satu tips bagi menjaga penampilan diri kita !
cewwahhh ~
gincu semestinya bukanlah sesuatu yang asing bagi wanita .
namun , , , , tahukah anda bagaimana untuk memilih gincu yang sesuai untuk bibir anda?
atau ,,,,,,,
anda pakai apa sahaja yang anda rasa cantik , walhal ia tidak sesuai untuk bibir anda?
disini iqa kongsikan beberapa tips dalam memilih gincu .
1. MATTE
lipstik jenis ini berfungsi untuk memberikan kesan rapi dan glamor, ia sesuai dipakai ke majlis formal. cadangan penggunaannya : pertama sekali gunakan pensel warna senada terlebih dahulu, di ikuti dengan mengoleskan gincu jenis matte secara merata . hindari pengunaan yang berulang supaya penampilan lebih semula jadi .
TAPI ! AWAS bagi anda yang memiliki bibir kering . sebaiknya anda hindarkan gincu jenis ini .
2. KRIM
bagi wanita yang memiliki bibir kecil, anda boleh memilih gincu jenis ini bila ingin memberi kesan bibir lebih tebal dan menonjol. cara penggunaannya : bentukkan garis bibir sedikit lebih tinggi dari bibir asli dengan menggunakan pensel bibir. kemudian baurkan gincu bibir krim ini menggunakan berus khusus . bila anda inginkan kesan formal, gunakan warna yang garang seperti merah, maroon, dan coklat tua . untuk kesan kasual , warna merah muda , coklat muda, dan pic menjadi alternatif pilihan .
3. SHEER
fungsi gincu ini adalah untuk memperjelas warna bibir anda . selain untuk melembabkan dan memberi kesan natural ia sekaligus memberi sedikit kilapan pada bibir anda .
4 . LIP GLOSS
untuk pemilik bibir kering . jika anda ingin bibir anda kelihatan lembap , maka gincu jenis ini adalah yg terbaik untuk anda ! ia berbeza dengan gincu jenis sheer kerana ia memberikan kesan kilap yang lebih banyak .
5. FROST
jika sekali sekala inginkan kesan dramatis pada bibir , maka anda boleh menggunakan gincu jenis ini . anda boleh menggunakan di bahagian atas dan bawah bibir . gincu ini memberikan kesan kilap yang memiliki aneka warna , malah ia sesuai digunakan ke majlis formal di malam hari yang bertema semi funky .
so macam mana?
lipstick jenis apa yang sesuai untuk bibir cute korang tu ???
semoga bermanfaat ! ^_^
dipetik daripada majalah mingguan wanita