Sunday, October 13, 2013

PENDAHULUAN



1.0 PENDAHULUAN

Teori sejarah yang diperkenalkan oleh Karl Marx satu-satunya teori sejarah yang menekankan kajian tentang masyarakat sebagai inti kepada pemahaman perjalanan sejarah. Menurut Profesor E. J. Hobsbawm, aliran Marxis tentang sejarah kebendaan marupakan satu-satunya teori yang cuba menggubal satu pendekatan perkaedahan kepada sejarah secara keseluruhan.(E.J.Hobswawm 1948) Marx merupakan seorang ilmuwan yang bijak dan seringkali melibatkan diri dalam kegiatan revolusioner menyebabkan kebanyakan karya-karyanya tidak diterbitkan sehingga saat kematiannya seperti Das Kapital. Marx merupakan seorang yang menuntut keadilan semua masyarakat tanpa mempunyai sebarang kelas perbezaan, oleh sebab itu beliau menghabiskan banyak masa untuk mengkaji dan membaca mengenai falsafah. Walaubagaimanapun, di dalam karyanya Poverty of Philosophy menggambarkan bahawa beliau dikenali sebagai ilmuan sosial berbanding ahli falsafah.(Roger Scruton 1981)
          Karl Marx banyak menghabiskan masa mengkaji karya-karya Hegel yang mengasaskan dialektik idealisme. Oleh sebab itu, wujud persamaan kedua-dua teori ini kerana Marx menggunakan triad dialektik juga cuma beliau mengadaptasikannya dalam konsep meterialisme.(Arthur Marwick 1970) Bagi Marx, segala perjalanan sejarah manusia didorong oleh faktor tuntutan untuk memenuhi keinginan, bukannya berpunca daripada idea seperti yang diketengahkan oleh Hegel. Walaubagaimanapun, ada kebenaran juga teori yang diasaskan oleh Marx kerana setiap manusia mempunyai nafsu keinginan, cara untuk memenuhi keinginan itu bergerak selaras dengan perjalanan sejarah sekaligus akan memantapkan penjelasan sejarah.



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...