2.0
BIOGRAFI KARL MARX
Karl Marx dilahirkan dalam keluarga
Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya
Herschel, adalah berketurunan ahli rabbi, merupakan seorang peguambela. Saudara Herschel,iaitu Samuel merupakan ketua
rabbi di Trier. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada
awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama,
Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar agama
keluarganya kepada agama rasmi Prussian, Lutheranism,dimana selepas kerjaya
undang-undangnya berkembang. Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi
tuan rumah kepada ramai pelawat cendikiawan dan artis sepanjang kehidupan awal
Karl.
Marx memasuki
Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas
permintaan ayahnya Behest. Bonn terkenal dalam aktiviti berpolitik, dan Marx
tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir. Tahun
berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universiti di
Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar
minat pada falsafah yang mana bertentangan dengan kehendak ayahnya, dan dia
memasuki kumpulan pelajar dan profesor muda yang dikenali sebagai "Young
Hegelians",yang diketuai oleh Bruno Bauer.
Apabila Bauer
iaitu mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx
meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting
Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup
pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan penapis
kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri dengan
aktiviti politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas (free-lance).Marx kemudiannya
berpindah, beliau sering perpindah akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya
Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer
dan kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya
kritikan pada pendapat semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik
(political emancipation). Kemudiannya semasa di Paris dia bertemu dan
bekerjasama dengan rakan collaborator Friedrich Engels, yang telah membawa
perhatian Marx terhadap keadaan kelas bekerja, dan membimbing minat Marx kepada
ekonomi. Namun, selepas itu dia dipaksa meninggalkan Pariskerana hasil
tulisannya,maka dia dan Engels berpindah ke Brussels, Belgium.
Di sana mereka
menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan
Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847),
kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis. Karya ini merupakan asas bagi
kerja Marx dan Engels yang paling terkemuka, manakala The Communist Manifesto,
pertama kalinya diterbitkan pada 2 Februari 1848, yang ditempah oleh Communist
League (dahulunya, League of the Just), iaitu organisasi pendatang Jerman yang
dijumpai Marx di London.