Wednesday, October 2, 2013

Siapakah Karl Marx


KARL MARX







Biografi Karl Marx


Kehidupan awal

Karl Marx dilahirkan dalam keluarga Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya Herschel,adalah berketurunan ahli rabbi, merupakan seorang peguambela.  Saudara Herschel,iaitu Samuel merupakan ketua rabbi di Trier. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama, Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar agama keluarganya kepada agama rasmi Prussian, Lutheranism,dimana selepas kerjaya undang-undangnya berkembang. Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi tuan rumah kepada ramai pelawat cendikiawan dan artis sepanjang kehidupan awal Karl.

Pendidikan

Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium,iaitu sama taraf dengan sekolah menengah. Thesis pertamanya (yang mendahului perkembangan dalam analisa masyarakat mengenai agama, walaupun dalam cara yang memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding ketidaksamaan politik dan ekonomi) adalah treatise berkenaan "Agama: Gam Yang Mengikat Masyarakat Bersama", dan dia memenangi hadiah..

Marx semasa persekolohannya

Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya Behest.Bonn terkenal sebagai aktiviti berpolitik, dan Marx tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir.Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat pada falsafah yang mana bertentengan dengan kehendak ayahnya, dan dia memasuki kumpulan pelajar dan profesor muda yang dikenali sebagai "Young Hegelians",yang diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap ia mempunyai persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-Hegelian philosophy. Max Stirner pula,adalah seorang lagi ahli Young Hegelian yang menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa menolak agama sepenuhnya (nihilistic) dan mistik (mysticism). Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan rakannya, dan Karl Marx bertindak balas  melalui Die Deutsche Ideologie (Ideologi Jerman).
Georg Hegel telah meninggal pada tahun 1831, dan semasa hayatnya merupakan orang yang berpengaruh di Universiti dan pendidikan Jerman secara umumnya. Pertubuhan Hegelian (dikenali sebagai Right Hegelians) yang bertempat di Universiti mempertahankan bahawa siri historical dialectics telah pun lengkap, dan masyarakat Prussian sebagaimana sekarang merupakan kemuncak semua perkembangan masyarakat terkini dengan sistem kakitangan kerajaan yang meluas, universiti yang bagus, dan tahap pengajian yang tinggi. Hegelians Muda yang dikaitkan dengan Marx percaya bahawa masih terdapat pertukaran dialectical yang akan berlaku, dan masyarakat Prussia masa itu masih lagi tidak lengkap kerana ia masih mempunyai kelompok miskin, masih terdapat penapisan kerajaan, dan diskriminasi terhadap bukan Lutheran.
Marx diberi amaran agar tidak menghantar dissertation kedoktorannya di Friedrich-Wilhelms-Universiti, kerana ia kurang disenangi oleh kerana reputasinya sebagai radikal Hegelian Muda. Sebaliknya Marx menghantar dissertationnya, yang membandingkan teori atomik Democritus dan Epicurus, ke Universiti Jena pada tahun 1840, dan ia diterima.

Kerjaya

Apabila Bauer iaitu mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri dengan aktiviti politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas (free-lance).Marx kemudiannya berpindah, beliau sering perpindah akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada pendapat semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik (political emancipation). Kemudiannya semasa di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan rakan collaborator Friedrich Engels, yang telah membawa perhatian Marx terhadap keadaan kelas bekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Namun, selepas itu dia dipaksa meninggalkan Pariskerana hasil tulisannya,maka dia dan Engels berpindah ke BrusselsBelgium.

Marx masa tua

Di sana mereka menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis. Karya ini merupakan asas bagi kerja Marx dan Engels yang paling terkemuka, manakala The Communist Manifesto, pertama kalinya diterbitkan pada 2 Februari 1848, yang ditempah oleh Communist League (dahulunya, League of the Just), iaitu organisasi pendatang Jerman yang dijumpai Marx di London.


Pada tahun itu Eropah mengalami pergolakan revolusi dimana pergerakan golongan pekerja merampas kuasa dari Raja Louis Philippe di Perancis dan menjemput Marx untuk kembali ke Paris.Apabila kerajaan ini dibubarkan pada tahun 1849, Marx berpindah balik ke Cologne dan memulakan semula Rheinische Zeitung, ia mengakibatkan dia disingkir. Akhirnya , Marx berpindah kali terakhir ke London.Pada tahun 1852, Marx menulis pamplet terkemukannya The Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte, dalam mana dia menganalisa bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis. Kemudian, dari tahun 1852 hingga 1861, semasa di London, Marx menyumbang pula kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.




bersambung ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Comments
1 Comments

1 comment:

ajun said...

Info yg mnarik dan bguna tq share..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...