7.0
PENUTUP
Secara asasnya, memang ramai ahli sejarah yang menolak teori ini
namun mereka sebenanrnya bersetuju tanpa sedar di dalam penulisan-penulisan
mereka jika dikaji secara teliti. Menurut Hobsbawm, kebanyakan ahli sejarah
terpengaruh dengan fahaman Marxis namun mereka hanya memilih idea-idea tertentu
untuk menyempurnakan kajian mereka. Hal ini kerana, teori Marx bukanlah bersifat
menyeluruh, ia sekadar kefahaman tentang sesuatu sejarah yang baru. Hal yang
harus diakui oleh ahli-ahli sejarah, Marx merupakan seorang tokoh yang berjaya
merungkaikan pensejarahan di luar pemikiran tradisional seperti Ranke. Profesor
M.M Bober menyatakan bahawa teori Marx tetap memberi sumbangan penting kepada
sains sosial yang menggugat kesahihan teori-teori sejarah lain yang hanya
menekankan peranan tokoh, cita-cita wangsa, pengaruh geografi dan sebagainya.
Pengaruh Marx di
dalam bidang pensejarahan terlalu tinggi sehingga menimbulkan pelbagai kesan
seperti pengurangan bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas bawahan.
Pengaruh Marx juga meliputi hampir ke seluruh negara misalnya di Burma, yang
mana fahaman Marxis ini diaplikasi oleh golongan muda untuk bangkit menentang
pemerintah pada ketika itu. Bagi pandangan tersendiri pula, teori Marx ada
benarnya juga berdasarkan konsep pembahagian kelas dan ketuhanan. Sebenarnya,
kajian sejarah tidak seharusnya mengaitkan konsep ketuhanan kerana ia hanya
rekaan semata-mata. Misalnya di Eropah ketika penguasaan golongan paderi,
pentadbiran kerajaan menjadi lemah kerana semuanya tunduk pada kuasa gereja.
Berbeza dengan Marx, beliau menggariskan satu panduan seperti A Kingdom of God
without God yang mana masyarakat tidak mempunyai sebarang perbezaan kelas.
Segala keuntungan dibahagi sama rata dan individu tidak lagi memiliki jentera pengeluaran
sebaliknya ia dimiliknegarakan. Walaupun hal ini sukar untuk dilakukan, tetapi
jika ia berjaya dilakukan, konsep ini akan menyebabkan semua golongan berasa
selesa tanpa sebarang penindasan dan pembolotan keuntungan.
Pendekatan Marxis
sebenarnya berjaya memantapkan penjelasan sejarah pada ketika itu kerana konsep
Ranke sebelum Marx jelas bersifat tradisional. Apabila Marx berjaya meletakkan
satu garis panduan bagi kajian sejarah, sekaligus berjaya berhujah dengan
membuktikan dengan kejadian-kejadian Eropah pada ketika itu, saya rasakan ia
sudah cukup untuk memantapkan penjelasan sejarah.