Sunday, October 13, 2013

KRITIKAN TERHADAP TEORI MARXIS



6.0 KRITIKAN TERHADAP TEORI MARXIS

Croce ialah seorang sejarawan Itali yang amat berminat dengan teori Marxis ini pada peringkat awalnya.(Yusof Ibrahim 1991) Beliau banyak membaca untuk memahami teori metarialisme ini sedalam mungkin, namun akhirnya beliau menolaknya kerana berpendapat bersifat saintifik dan mekanikal lantas tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak. Bagi beliau, sejarah adalah kisah tentang kebebasan, semua sejarah adalah sejarah semasa, sejarawan tidak berdaya bersikap tidak berat sebelah dan pergerakan sejarah bermula daripada asas kemudiannya menyerap ke bawah, maka kebalikannya adalah mustahil. Croce sebenarnya bersependapat dengan E.H Carr mengenai ketidakupayaan ahli sejarah untuk bersikap tidak berat sebelah.
          Teori Marx merupakan satu bentuk determenisme yang mana ia hanya menekankan faktor ekonomi sahaja yang menggerakkan sejarah. Marx meninggalkan kepentingan-kepentingan lain seperti peranan idea-idea, keagamaan, institusi dan sebagainya. Seharusnya, peranan idea tidak boleh dipisahkan kerana ia lahir semulajadi di dalam diri manusia, keinginan untuk menubuhkan atau menjadikan sesuatu merupakan pengaruh daripada idea-idea. Profesor Momigliano menyatakan bahawa tanggapan ini berpengkalan di Jerman seawal abad ke-19 kemudiannya telah merebak ke seluruh benua Eropah sehingga semua universiti mengakui keutuhan idea-idea sebagai penggerak sejarah.(A.D.Momigliano 1969)

          Oleh sebab itu, kebanyakan para sarjana tidak mengambil konsep Marx dengan tepat kerana terdapat juga kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Hal ini kerana, di dalam aspek kajian sejarah, peranan idea selaras dengan perkembangan ekonomi sekaligus menyebabkan ianya tidak boleh dipisahkan.



SUKA BACA? SILA LIKE DAN KOMEN =)

Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...