sambungan dari " Siapakah Karl Marx?"
KARYA-KARYA KARL
MARX YANG TERKEMUKA
Das Kapital
Das Kapital (Capital, dalam terjemahan bahasa Inggris,
atau Modal) adalah suatu pembahasan yang mendalam tentang ekonomi
politik yang ditulis oleh Karl Marx dalam bahasa Jerman. Buku ini
merupakan suatu analisis kritis terhadap kapitalisme dan
aplikasi praktisnya dalam ekonomi dan juga, dalam bahagian tertentu,ia
merupakan kritikan terhadap teori-teori berkaitan dengan yang lainnya. Marx
menerbitkan jilid
pertama dari Das
Kapital pada 1867, tetapi ia
meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan jilid kedua dan ketiganya yang
sudah dibuat naskahnya. Buku-buku ini kemudian disunting oleh teman dan rakan
kerjanya Friedrich
Engels dan diterbitkan 1885 dan pada tahun 1894 pula jilid keempat, yang berjudul Theories of Surplus-Value,
pertama disunting dan diterbitkan oleh Karl
Kautsky pada 1905-1910. Manakala
naskah-naskah lainnya diterbitkan beberapa tahun kemudian.
Manifesto Komunis
Manisfesto Komunis
|
|
Edisi pertama buku, dalam bahasa Jerman. |
|
Pengarang
|
Karl Marx dan Friedrich Engels
|
Negara
|
Jerman
|
Bahasa
|
Asalnya dalam
Bahasa Jerman, seterusnya ke dalam bahasa lain.
|
Genre
|
Sejarah, sosiologi,falsafah
|
Tarikh
terbitan
|
21 Februari
1848
|
Manisfesto Komunis, asalnya bertajuk Manifesto Parti
Komunis (Bahasa Jerman: Manifest der Kommunistischen Partei) ialah penerbitan
ringkas 1848 yang ditulis oleh ehli teori politikMarxisme Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels.Ia
telah diiktiraf sebagai salah satu manuskrip politik yang paling berpengaruh di
dunia. Ditauliahkan oleh Liga Komunis,ia meletakkan tujuan dan program Liga terbabit. Ia membentangkan
pendekatan analitikal kepada perjuangan
kelas (sejarah dan masa kini) dan
masalah-masalah kapitalisme, berbanding ramalan potensi bentuk masa depan
komunisme.
bersambung,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,