4.1 Teori Komunisme
Prinsip asas
komunisme yang digariskan oleh Marx dan Engels (1969) mendefinisikan komunisme
sebagai satu doktrin mengenai keadaan bagi kemerdekaan proletariat.Dalam
konteks ini kita dapat menakrifkan bahawa komunisme adalah sebuah ideologi yang
berfalsafahkan Marxism.Hal ini kerana, falsafah Marxism yang menzahirkan
kesedaran asas untuk membentuk sebuah masyarakat sosialis bagi menggantikan
kapitalis dengan membebaskan golongan proletariat.
Deliar Noer
pula dalam karyanya ‘Pemikiran Politik di Negeri Barat’ pula memberi dua
pengertian bagi komunisme. Menurutnya, komunisme yang pertama ialah berkenaan
hubungan dengan penyatuan dasar bagi wilayah bagi negara yang berpemerintahan
sendiri dengan negara itu sendiri adalah sebuah negara federal untuk
wilayahnya.Keduanya, komunisme hanya merujuk kepada milik atau keperluan
bersama.
Ideologi
komunisme yang diasaskan oleh Marx dan Engels ini dikatakan bermula dengan
penerapan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Russia pada November 1917.
Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Ideologi
ini tidak begitu jelas tetapi terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan hasil
daripada analisis untuk merumus berkenaan teori ini.
Melihat
daripada gerakan dan sejarah perjuangan ideologi komunisme, kita melihat bahawa
terdapat ciri-ciri radikal yakni gerakan radikal yang berunsurkan kekerasan dan
keganasan.Komunisme juga menolak sepenuhnya aspek keagamaan dengan tiada
kepercayaan atau berfahaman atheism (free thinker). Pelaksanaan komunisme juga
menunjukkan sifat kejam dan ianya berubah-ubah kepada beberapa bentuk rejim dan
ia menolak kelas sosial secara total.
Idea komunisme
jika dilihat dengan teliti adalah menjurus kepada sistem egalitarian yakni
tanpa kerajaan, harta, dan kelas.Hal ini adalah untuk membentuk satu konsep
kesamarataan dalam segala aspek. Komunisme memperjuangkan bahawa semua rakyat
mempunyai hak yang sama dalam semua harta dan pengagihan ekonomi. Perkara ini
bertujuan mencapai matlamat mereka untuk membawa kesejahteraan hidup dengan
menghapuskan jurang kehidupan dalam masyarakat.