5.0
PERBANDINGAN ANTARA MARXISM DAN KOMUNISM
Secara umumnya, teori Marxism dan
ideologi komunisme tidak mempunyai perbezaan yang ketara.Komunisme adalah
sekadar manifestasi kepada falsafah Marxism yang dizahirkan dalam bentuk
gerakan.Maka demikianlah kita melihat komunisme menjalankan gerakan-gerakan
yang bersifat radikal dan keras. Pada asalnya ideologi komunisme ini
sememangnya menjurus kepada falsafah Marxism kerana diasaskan oleh filasuf yang
sama iaitu Karl Marx. Namun begitu, selepas zaman Marx, ideologi komunisme
dilihat mula di olah oleh kepimpinan mereka untuk disesuaikan mengikut keadaan
semasa.
Melalui
pelbagai perspektif yang diteliti, terdapat dua aspek yang dilihat berbeza dan
bertentangan dengan idea asal Marx.Dua aspek ini ialah agama dan juga revolusi.
Dengan mengambil sebuah negara komunis iaitu People’s Republic of China sebagai
contoh, perbezaan dan perbandingan ini dapat dibuat dengan lebih baik dan
jelas.
Kesimpulannya,
teori Marxism yang dibentangkan oleh Marx dan Engels memperlihatkan bahawa ia
bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kehidupan mereka. Kesemua
ciri-ciri asas bagi Marxism menunjukkan bagaimana penindasan berlaku dan
bagaimana ia memberi impak yang mendalam kepada golongan bawahan. Golongan
masyarakat yang diperjuangkan oleh Marx dan segala apa yang diperjuangkan ini
kemudiannya dizahirkan dalam bentuk perjuangan berideologi yakni komunisme.
Falsafah Marxism lebih banyak mengutarakan hal-hal berkaitan kesedaran
masyarakat pada dasar sahaja.Hanya melalui ideologi komunisme sahaja
perlaksanaan itu dapat dilihat dengan jelas melalui gerakan-gerakan yang
dipelopori oleh golongan mereka yang sedar.
Komunisme
adalah manifestasi daripada falsafah Marxism dan hal ini menyebabkan
kedua-duanya sama dari sudut dasar perjuangannya. Akan tetapi, perubahan yang
berlaku terutama dari perspektif masa, situasi serta keadaan menyebabkan cara
dan pendirian perjuangan berubah. Perjuangan komunisme yang asalnya hanya
sekadar menzahirkan idea Marxism dilihat oleh penulis sebagai sebuah perjuangan
yang fleksibel tanpa satu pendirian yang kukuh.Soal agama dan perubahan zaman
menyebabkan perjuangan ini diolah oleh pemimpin gerakan semata-mata untuk
menjayakan perjuangan mereka.Tujuan mereka lebih kepada bagaimana untuk
menjayakan perjuangan dan mendapat sokongan rakyat.Hal ini menyebabkan terdapat
sedikit perbezaan antara Marxism dan Komunisme.
Namun
begitu, tidak semua ideologi komunisme yang di perjuangkan dalam bentuk gerakan
mempunyai perbezaan dengan falsafah Marxism. Semua cara dan pendirian tentang
perjuangan tertakluk kepada kuasa pemimpin mereka. Demikianlah yang berlaku
jika kita melihat beberapa buah negara yang pernah mengaplikasikan ideologi
komunisme dalam pentadbiran dan dasar kerajaan mereka.Secara kesimpulannya,
ideologi Komunisme pada asalnya adalah menurut kepada falsafah Marxism secara
keseluruhan. Namun begitu, perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan ia di
ubah menurut gaya kepimpinan dan menyebabkan dasar perjuangan itu mempunyai
sedikit perbezaan dengan Marxism. Akan tetapi, perbezaan yang dinyatakan
tidaklah merangkumi keseluruhan kerana walaupun ia mempunyai perbezaan namun
perjuangan itu masih menurut falsafah Marxism secara keseluruhan