KARL MARX
Biografi Karl Marx
Kehidupan awal
Karl Marx
dilahirkan dalam keluarga Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya Herschel,adalah berketurunan ahli rabbi, merupakan seorang peguambela. Saudara Herschel,iaitu Samuel merupakan ketua
rabbi di Trier. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada
awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama,
Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar agama
keluarganya kepada agama rasmi Prussian, Lutheranism,dimana selepas kerjaya undang-undangnya berkembang.
Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi tuan rumah kepada ramai
pelawat cendikiawan dan artis sepanjang kehidupan awal Karl.
Pendidikan
Marx menerima
markah yang baik di sekolah gymnasium,iaitu sama taraf dengan sekolah menengah. Thesis
pertamanya (yang mendahului perkembangan dalam analisa masyarakat mengenai agama,
walaupun dalam cara yang memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding
ketidaksamaan politik dan ekonomi) adalah treatise berkenaan "Agama: Gam
Yang Mengikat Masyarakat Bersama", dan dia memenangi hadiah..
Marx semasa
persekolohannya
Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya Behest.Bonn terkenal
sebagai aktiviti berpolitik, dan Marx tidak begitu berjaya kerana banyak
menghabiskan masa minum di dewan bir.Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia
bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat pada falsafah
yang mana bertentengan
dengan kehendak ayahnya, dan dia memasuki kumpulan pelajar dan profesor muda
yang dikenali sebagai "Young Hegelians",yang diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap ia mempunyai
persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-Hegelian philosophy. Max Stirner pula,adalah seorang lagi ahli Young Hegelian yang menggunakan
kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa menolak agama sepenuhnya (nihilistic)
dan mistik (mysticism). Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan
rakannya, dan Karl Marx bertindak balas melalui Die Deutsche Ideologie
(Ideologi Jerman).
Georg Hegel telah meninggal pada tahun 1831, dan semasa hayatnya merupakan orang yang berpengaruh di
Universiti dan pendidikan Jerman secara umumnya. Pertubuhan Hegelian (dikenali
sebagai Right Hegelians) yang bertempat di Universiti mempertahankan bahawa siri
historical dialectics telah pun lengkap, dan masyarakat Prussian sebagaimana
sekarang merupakan kemuncak semua perkembangan masyarakat terkini dengan sistem
kakitangan kerajaan yang meluas, universiti yang bagus, dan tahap pengajian yang tinggi. Hegelians
Muda yang dikaitkan dengan Marx percaya bahawa masih terdapat pertukaran
dialectical yang akan berlaku, dan masyarakat Prussia masa itu masih lagi tidak lengkap kerana ia masih
mempunyai kelompok miskin, masih terdapat penapisan kerajaan, dan diskriminasi terhadap bukan Lutheran.
Marx diberi amaran
agar tidak menghantar dissertation kedoktorannya di Friedrich-Wilhelms-Universiti,
kerana ia kurang disenangi oleh kerana reputasinya sebagai radikal Hegelian
Muda. Sebaliknya Marx menghantar dissertationnya, yang membandingkan teori
atomik Democritus dan Epicurus, ke Universiti Jena pada tahun 1840, dan ia diterima.
Kerjaya
Apabila Bauer iaitu
mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan
penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri
dengan aktiviti politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas (free-lance).Marx
kemudiannya berpindah, beliau sering perpindah akibat pandangan radikalnya.
Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan
kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada pendapat semasa mengenai
hak awam dan kebebasan politik (political emancipation). Kemudiannya
semasa di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan
rakan collaborator Friedrich Engels, yang telah membawa perhatian Marx terhadap
keadaan kelas bekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Namun, selepas itu dia dipaksa meninggalkan Pariskerana hasil tulisannya,maka dia dan Engels berpindah
ke Brussels, Belgium.
Marx masa tua
Di sana mereka menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis. Karya ini
merupakan asas bagi kerja Marx dan Engels yang paling terkemuka, manakala The Communist Manifesto, pertama kalinya diterbitkan pada 2 Februari 1848,
yang ditempah oleh Communist League (dahulunya, League of the Just), iaitu organisasi
pendatang Jerman yang dijumpai Marx di London.
Pada tahun itu Eropah mengalami pergolakan revolusi dimana pergerakan
golongan pekerja merampas kuasa dari Raja Louis Philippe di Perancis dan menjemput Marx untuk kembali ke Paris.Apabila
kerajaan ini dibubarkan pada tahun 1849, Marx berpindah balik ke Cologne dan memulakan semula Rheinische Zeitung, ia
mengakibatkan dia disingkir. Akhirnya , Marx berpindah kali terakhir ke
London.Pada tahun 1852, Marx menulis pamplet terkemukannya The
Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte, dalam mana dia menganalisa
bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis. Kemudian, dari tahun 1852
hingga 1861, semasa di London, Marx menyumbang pula kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.
bersambung ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,